Kelebihan orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai

TEKS BAHASA ARAB

ذاكر الله في الغافلين مثل الذى يقاتل عن الفارين، وذاكر الله في الغافلين مثل الشجرة الخضراء في وسط الشجر الذى قد تحات ورقه من الضريب. قال يحيى بن سليم: يعنى بـ (الضريب) البرد الشديد، وذاكر الله في الغافلين يغفر له بعدد كل فصيح وأعجم. قال: فالفصيح بنو آدم، والأعجم البهائم، وذاكر الله في الغافلين يعرفه الله عز و جل مقعده من الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai seperti orang yang tetap berperang berada dalam lingkungan orang-orang yang lari (dalam peperangan) dan orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai seperti pohon hijau yang berada di tengah-tengah pohon yang gugur daunnya kerana pukulan – Yahya bin Salim berkata: disebabkan oleh pukulan – udara yang sangat sejuk. Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai diampunkan sebanyak bilangan setiap orang yang fasih dan ajam – katanya: Maka yang fasih bermaksud manusia (anak Adam) dan ajam pula bermaksud binatang -. Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai, Allah SWT memberitahu kepadanya tentang tempat duduknya dalam syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1408, hadis nombor 7146. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: ذاكر الله في الغافلين مثل الذى يقاتل عن الفارين، وذاكر الله في الغافلين مثل الشجرة الخضراء في وسط الشجر الذى قد تحات ورقه من الضريب. قال يحيى بن سليم: يعنى بـ (الضريب) البرد الشديد، وذاكر الله في الغافلين يغفر له بعدد كل فصيح وأعجم. قال: فالفصيح بنو آدم، والأعجم البهائم، وذاكر الله في الغافلين يعرفه الله عز و جل مقعده من الجنة.
[الحسن بن عرفة في ((جزئه))، الخطيب في ((غريب الحديث))، ابن عساكر في (( فضيلة ذكر الله))، ((الضعيفة)) (671)]

(Sangat lemah)
Daripada ‘Abdillah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai seperti orang yang tetap berperang berada dalam lingkungan orang-orang yang lari (dalam peperangan) dan orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai seperti pohon hijau yang berada di tengah-tengah pohon yang gugur daunnya kerana pukulan – Yahya bin Salim berkata: disebabkan oleh pukulan – udara yang sangat sejuk. Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai diampunkan sebanyak bilangan setiap orang yang fasih dan ajam – katanya: Maka yang fasih bermaksud manusia (anak Adam) dan ajam pula bermaksud binatang -. Orang yang mengingati Allah berada dalam lingkungan orang-orang lalai, Allah SWT memberitahu kepadanya tentang tempat duduknya dalam syurga.
[Riwayat al-Hasan bin 'Arafah dalam Juzuk beliau, al-Khatib dalam Gharib al-Hadith dan Ibn 'Asakir dalam Fadilah Zikr Allah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 671]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs