Kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فضل العالم على العابد كفضلي على أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadah adalah seperti kelebihanku berbanding umatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 58, hadis nombor 322. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn ‘Abd al-Bar turut mengeluarkannya dalam kitab al-‘Ilm, juga Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Salm al-Tawil, beliau ialah perawi yang didakwa melakukan pendustaan terhadap hadith ini. Ibn al-Jawzi pula berkata: Sanadnya sangat lemah. Ibn al-‘Arabi pula berkata dalam al-Siraj bahawa tidak ada satu pun hadith sahih berkenaan kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadah.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.