Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أُمَّتِي.
Teks Bahasa Melayu
Kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadah adalah seperti kelebihanku berbanding umatku.
Sahabat Perawi
- Abu Sa’id RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 58, hadis no. 322. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn ‘Abd al-Bar turut mengeluarkannya dalam kitab al-‘Ilm, juga Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’. Dalam sanadnya terdapat perawi bernama Salm al-Tawil, beliau ialah perawi yang didakwa melakukan pendustaan terhadap hadith ini. Ibn al-Jawzi pula berkata: Sanadnya sangat lemah. Ibn al-‘Arabi pula berkata dalam al-Siraj bahawa tidak ada satu pun hadith sahih berkenaan kelebihan orang berilmu berbanding ahli ibadah.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman