Batil

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan minyak al-banafsaj (violet)

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: فضل دهن البنفسج على الأدهان كفضل الْإِسْلَام على سَائِر الْأَدْيَان.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Kelebihan minyak al-banafsaj (violet) atas minyak-minyak lainnya adalah seperti kelebihan agama Islam ke atas seluruh agama.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 129, hadis no. 357. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كما قاله ابن القيم في التنقيح: باطل موضوع.

Sepertimana yang dikatakan oleh Ibn al-Qayyim di dalam al-Tanqih: Batil, palsu.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.