Kelebihan menyebut Bismillah dan Alhamdulillah ketika menjamah makanan

TEKS BAHASA ARAB

إن الرجل ليوضع طعامه بين يديه فما يرفع حتى يغفر له، فقيل: يا رسول الله! بم ذاك؟ قال: يقول: بسم الله؛ إذا وضع، والحمد لله؛ إذا رفع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya seorang lelaki itu dihidangkan makanan di hadapan matanya, dan belum pun dia menjamah makanan itu dengan tangannya, dia sudah pun diberi keampunan. Ditanyakan: Wahai Rasulullah, daripada manakah datangnya ganjaran (keampunan) tersebut? Baginda menjawab: (Kerana) dia membaca: Bismillah (dengan nama Allah), apabila dia memegang (makanan) itu. Serta dia membaca: Alhamdulillah, apabila mengangkatnya (untuk dimasukkan ke dalam mulut).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 204, hadis nombor 1064. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الرجل ليوضع طعامه بين يديه فما يرفع حتى يغفر له، فقيل: يا رسول الله! بم ذاك؟ قال: يقول: بسم الله؛ إذا وضع، والحمد لله؛ إذا رفع)). [طس، الضياء، ((الضعيفة)) (3006)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya seorang lelaki itu dihidangkan makanan di hadapan matanya, dan belum pun dia menjamah makanan itu dengan tangannya, dia sudahpun diberi keampunan. Ditanyakan: Wahai Rasulullah, daripada manakah datangnya ganjaran (keampunan) tersebut?. Baginda menjawab: (Kerana) dia membaca: Bismillah (dengan nama Allah), apabila dia memegang (makanan) itu. Serta dia membaca: Alhamdulillah, apabila mengangkatnya (untuk dimasukkan ke dalam mulut).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Dhiya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3006]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs