TEKS BAHASA ARAB
فضل الصلاة في المسجد الحرام على غيره: مئة ألف صلاة، وفي مسجدي: ألف صلاة، وفي مسجد بيت المقدس: خمس مئة صلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan menunaikan solat di Masjidilharam berbanding selainnya ialah seratus ribu solat. Adapun di masjidku ialah seribu solat. Manakala di masjid Baitulmuqaddis ialah lima ratus solat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 307, hadis nombor 1621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بطرفه الأخير) عن أم الدرداء – رضي الله عنها -، قَالَت: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (((فضل الصلاة في المسجد الحرام على غيره: مئة ألف صلاة، وفي مسجدي: ألف صلاة، وفي مسجد بيت المقدس: خمس مئة صلاة)). [البزار، الطحاوي في ((المشكل)) ، ((الضعيفة)) (5355)].
(Lemah pada hujung akhirnya) Daripada Ummu Darda’ RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Kelebihan menunaikan solat di Masjidilharam berbanding selainnya ialah seratus ribu solat. Adapun di masjidku ialah seribu solat. Manakala di masjid Baitulmuqaddis ialah lima ratus solat.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Tahawi dalam al-Mushkil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5355].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.