Daif Pada Potongan Akhirnya

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan menunaikan solat di Masjidilharam berbanding selainnya ialah seratus ribu solat

Teks Bahasa Arab

فَضْلُ الصَّلَاةِ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ عَلَى غَيْرِهِ: مِئْةُ أَلْفِ صَلَاةٍ، وَفِي مَسْجِدي: أَلْفُ صَلَاةٍ، وَفِي مَسْجِدِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ: خَمْسُ مِئَةِ صَلَاةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Kelebihan menunaikan solat di Masjidilharam berbanding selainnya ialah seratus ribu solat. Adapun di masjidku ialah seribu solat. Manakala di masjid Baitulmuqaddis ialah lima ratus solat.

Sahabat Perawi

  1. Umm al-Darda'

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif Pada Potongan Akhirnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 307, hadis no. 1621. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بطرفه الأخير) عن أم الدرداء - رضي الله عنها -، قَالَت: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (((فضل الصلاة في المسجد الحرام على غيره: مئة ألف صلاة، وفي مسجدي: ألف صلاة، وفي مسجد بيت المقدس: خمس مئة صلاة)). [البزار، الطحاوي في ((المشكل))، ((الضعيفة)) (5355)].

(Daif Pada Potongan Akhirnya) Daripada Ummu Darda’ RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Kelebihan menunaikan solat di Masjidilharam berbanding selainnya ialah seratus ribu solat. Adapun di masjidku ialah seribu solat. Manakala di masjid Baitulmuqaddis ialah lima ratus solat.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-Tahawi dalam al-Mushkil. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5355].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.