TEKS BAHASA ARAB
فضل الصلاة التي يستاك لها، على الصلاة التي لا يستاك لها سبعون ضعفا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kelebihan menunaikan solat dengan bersiwak berbanding solat dalam keadaan tidak bersiwak adalah sebanyak 70 kali ganda.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 251, hadis nombor 1304. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنه -، قالت: قال رسول الله : ((فضل الصلاة التي يستاك لها، على الصلاة التي لا يستاك لها سبعون ضعفا)). ابن خزيمة، ك، حم، البزار، ((الضعيفة))، (1503)]
(Lemah)
Daripada ‘A’ishah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Kelebihan menunaikan solat dengan bersiwak berbanding solat dalam keadaan tidak bersiwak adalah sebanyak 70 kali ganda.
[Riwayat Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam Mustadrak, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1503]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.