Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قضَى لأَحَدٍ من أمتي حاجةً يُريدُ أن يَسُرَّهُ بها، فقد سَرَّنِي، ومن سَرَّنِي فقد سَرَّ اللهَ، ومن سَرَّ اللهَ؛ أدخلهُ اللهُ الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menunaikan hajat seseorang dalam kalangan umatku dengan niat untuk menggembirakannya (dengan menunaikan hajat), maka dia telah menggembirakan aku. Sesiapa yang menggembirakan aku maka dia telah menggembirakan Allah. Sesiapa yang telah menggembirakan Allah maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis no. 3675. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من قضى لأحد من أمتي حاجة يريد أن يسره بها، فقد سرني، ومن سرني فقد سر الله، ومن سر الله؛ أدخله الله الجنة. [هب، ((الضعيفة)) (6857)]
(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menunaikan hajat seseorang dalam kalangan umatku dengan niat untuk menggembirakannya (dengan menunaikan hajat), maka dia telah menggembirakan aku. Sesiapa yang menggembirakan aku maka dia telah menggembirakan Allah. Sesiapa yang telah menggembirakan Allah maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. [Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6857]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman