Kelebihan menjawab azan oleh Bilal

TEKS BAHASA ARAB

من قال مثل مقالته، وشهد مثل شهادته، فله الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berkata seperti kata-katanya (azan oleh Bilal), dan menyebutkan syahadah seperti syahadahnya (bersaksi umpama penyaksiannya), maka baginya syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 720, hadis nombor 3678. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: أن رسول الله ﷺ عرّس ذات ليلة، فأذن بلال، فقال رسول الله ﷺ: من قال مثل مقالته، وشهد مثل شهادته، فله الجنة.
[ع، ((الضعيفة)) (6715)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW tidur (ketika bermusafir) pada suatu malam, lalu Bilal melaungkan azan, lalu Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berkata seperti kata-katanya (azan oleh Bilal), dan menyebutkan syahadah seperti syahadahnya (bersaksi umpama penyaksiannya), maka baginya syurga.
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6715]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs