Kelebihan menjaga maruah saudara terdekat ketika di dunia

TEKS BAHASA ARAB

من حمى عرض أخيه في الدنيا، بعث الله إليه ملكا يوم القيامة ‌يحميه ‌من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menjaga maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kelak untuk menjaganya daripada api neraka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 722, hadis nombor 3687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من حمى عرض أخيه في الدنيا، بعث الله إليه ملكا يوم القيامة ‌يحميه ‌من النار.
[ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (6771)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjaga maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kelak untuk menjaganya daripada api neraka.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6771].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs