Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حَمَى عِرْضَ أخيهِ في الدنيا، بعثَ اللهُ إليهِ مَلَكًا يومَ القيامةِ يحميهِ من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menjaga maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kelak untuk menjaganya daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 722, hadis no. 3687. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من حمى عرض أخيه في الدنيا، بعث الله إليه ملكا يوم القيامة يحميه من النار. [ابن أبي الدنيا في ((الصمت))، ((الضعيفة)) (6771)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menjaga maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kelak untuk menjaganya daripada api neraka. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6771].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman