TEKS BAHASA ARAB
من مات في أحد الحرمين، استوجب شفاعتي وجاء يوم القيامة من الآمنين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang meninggal dunia pada salah satu Tanah Haram, maka dia pasti mendapat syafaatku dan dia datang pada hari kiamat kelak dalam kalangan orang-orang yang selamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis nombor 3669. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن سلمان رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من مات في أحد الحرمين، استوجب شفاعتي وجاء يوم القيامة من الآمنين.
[طب، هب، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6830)]
(Palsu)
Daripada Salman RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia pada salah satu Tanah Haram, maka dia pasti mendapat syafaatku dan dia datang pada hari kiamat kelak dalam kalangan orang-orang yang selamat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu'at. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6830]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.