Kelebihan mengucapkan: Maha suci Allah dan Maha puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali di waktu pagi

TEKS BAHASA ARAB

من قال إذا أصبح: سبحان الله وبحمده ألف مرة، فقد اشترى نفسه من الله تبارك وتعالى، وكان آخر يومه عتيقا من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang ketika waktu pagi mengucapkan: Maha suci Allah dan Maha puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali, maka dia telah membeli jiwanya daripada Allah Tabaraka Wa Ta’ala, dan pada hari akhirnya, dia menjadi orang yang bebas daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419 – 1420, hadis nombor 7209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من قال إذا أصبح: سبحان الله وبحمده ألف مرة، فقد اشترى نفسه من الله تبارك وتعالى، وكان آخر يومه عتيقا من النار.
[الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1244)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ketika waktu pagi mengucapkan: Maha suci Allah dan Maha puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali, maka dia telah membeli jiwanya daripada Allah Tabaraka Wa Ta’ala, dan pada hari akhirnya, dia menjadi orang yang bebas daripada api neraka.
[Riwayat al-Khara'itiy dalam Makarim al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1244]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs