Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قالَ إذا أصبحَ: سُبحانَ اللَّهِ وبحمدِهِ ألفَ مرَّةٍ، فقدِ اشتَرى نفسَهُ منَ اللَّهِ تباركَ وتعالى، وَكانَ آخرَ يومِهِ عتيقًا منَ النَّارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang ketika waktu pagi mengucapkan: Maha suci Allah dan Maha puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali, maka dia telah membeli jiwanya daripada Allah Tabaraka Wa Ta'ala, dan pada hari akhirnya, dia menjadi orang yang bebas daripada api neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1419 - 1420, hadis no. 7209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من قال إذا أصبح: سبحان الله وبحمده ألف مرة، فقد اشترى نفسه من الله تبارك وتعالى، وكان آخر يومه عتيقا من النار. [الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، ((الضعيفة)) (1244)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang ketika waktu pagi mengucapkan: Maha suci Allah dan Maha puji bagi-Nya sebanyak 1000 kali, maka dia telah membeli jiwanya daripada Allah Tabaraka Wa Ta'ala, dan pada hari akhirnya, dia menjadi orang yang bebas daripada api neraka. [Riwayat al-Khara'itiy dalam Makarim al-Akhlaq. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1244]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman