Kelebihan menggunakan warna hitam untuk mewarnakan rambut

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن أحسن ما خضبتم به لهذا السواد، وأرغب لنسائكم فيكم، وأرهب في صدور عدوكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sebaik-baik warna untuk kamu warnakan (rambut atau janggut kamu) dengannya adalah warna hitam, kerana ia lebih disukai oleh isteri-isteri kamu, dan menakutkan hati-hati musuh kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1620, hadis nombor 8179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن صهيب الخير- رفعه: ((إن أحسن ما خضبتم به لهذا السواد، وأرغب لنسائكم فيكم، وأرهب في صدور عدوكم)). [هـ، الشاشي في ((مسنده))، ((الضعيفة)) (2972)].

(Munkar)
Daripada Suhaib Al-Khair, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya sebaik-baik warna untuk kamu warnakan (rambut atau janggut kamu) dengannya adalah warna hitam, kerana ia lebih disukai oleh isteri-isteri kamu, dan menakutkan hati-hati musuh kamu.))
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya dan al-Shashi dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2972].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.