Kelebihan memuliakan orang yang lebih tua

TEKS BAHASA ARAB

ما أكرم شاب شيخا لسنه؛ إلا قيض الله له من يكرمه عند سنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang pemuda yang memuliakan orang yang lebih tua usianya, melainkan Allah akan menggantikan buat dirinya orang lain yang akan memuliakannya pada usia tuanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis nombor 23. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ما أكرم شاب شيخا لسنه؛ إلا قيض الله له من يكرمه عند سنه)).
[ت، أبو بكر الشافعي في ((الرباعيات))، البيهقي في ((الآداب))، عق، أبو الحسن النعالي في ((جزء من حديثه))، ابن بشران، القطيعي في ((جزء الألف دينار))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن شاذان في ((المشيخة الصغرى))، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، الديباجي في ((الأمالي))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (304)]

(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pemuda yang memuliakan orang yang lebih tua usianya, melainkan Allah akan menggantikan buat dirinya orang lain yang akan memuliakannya pada usia tuanya.
[Riwayat Sunan al-Tirmiẓī, Abu Bakr al-Syafi’e dalam al-Riya’aat, al-Baihaqi dalam al-Adab, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Abu al-Hasan al-Ni’ali dalam Juzu’ min Hadisi, Ibn Bisyran, al-Qathi’i pada Juzu’ al-Alf Dinar, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn Syazan dalam al-Masyikhah al-Sughra, al-Khatib dalam al-Faqih wal Mutafaqqih, al-Dibaji dalam al-Amali, Ibn ‘Asakir, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.304]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs