Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أكرمَ شابٌّ شيخًا لسنِّهِ إلَّا قيَّضَ اللَّهُ لهُ من يكرمُهُ عندَ سِنِّهِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada seorang pemuda yang memuliakan orang yang lebih tua usianya, melainkan Allah akan menggantikan buat dirinya orang lain yang akan memuliakannya pada usia tuanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 16, hadis no. 23. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ما أكرم شاب شيخا لسنه؛ إلا قيض الله له من يكرمه عند سنه)). [ت، أبو بكر الشافعي في ((الرباعيات))، البيهقي في ((الآداب))، عق، أبو الحسن النعالي في ((جزء من حديثه))، ابن بشران، القطيعي في ((جزء الألف دينار))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ابن شاذان في ((المشيخة الصغرى))، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، الديباجي في ((الأمالي))، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (304)]
(Munkar) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada seorang pemuda yang memuliakan orang yang lebih tua usianya, melainkan Allah akan menggantikan buat dirinya orang lain yang akan memuliakannya pada usia tuanya. [Riwayat al-Tirmiẓī, Abu Bakr al-Syafi’e dalam al-Riya’aat, al-Baihaqi dalam al-Adab, al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Abu al-Hasan al-Ni’ali dalam Juzu’ min Hadisi, Ibn Bisyran, al-Qathi’i pada Juzu’ al-Alf Dinar, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn Shazan dalam al-Masyikhah al-Sughra, al-Khatib dalam al-Faqih wal Mutafaqqih, al-Dibaji dalam al-Amali, Ibn ‘Asakir, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmu’atihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.304]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman