Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan memulakan setiap urusan dengan pujian kepada Allah dan selawat kepadaku

Teks Bahasa Arab

كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ بحمدِ اللَّهِ، والصَّلاةِ عليَّ فَهوَ أقطعُ أبتَرُ، مسحوقٌ مِن كلِّ برَكَةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Bagi setiap urusan yang penting namun tidak dimulai dengan pujian kepada Allah dan selawat kepadaku, maka ia terpotong lagi kudung, dihilangkan daripada setiap keberkatan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1408, hadis no. 7147. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه بحمد الله والصلاة علي فهو أقطع أبتر، مسحوق من كل بركة. [السبكي في ((طبقات الشافعية الكبرى))، ((الضعيفة)) (902)]

(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Bagi setiap urusan yang penting namun tidak dimulai dengan pujian kepada Allah dan selawat kepadaku, maka ia terpotong lagi kudung, dihilangkan daripada setiap keberkatan. [Riwayat al-Subki dalam Tabaqat al-Shafi'eiyyah al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 902]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.