Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan mempunyai tiga orang anak perempuan

Teks Bahasa Arab

من كنَّ لهُ ثلاثُ بناتٍ، فصبرَ على لَأْوائِهنَّ وضَرَّائِهنَّ؛ أدخلهُ اللهُ الجنةَ برحمتِهِ إياهنَّ. فقال رجلٌ: وابنتانِ يا رسولَ اللهِ!؟ قال: وابنتانِ. قال رجلٌ: يا رسولَ اللهِ وواحدةٌ؟ قال: وواحدةٌ!

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu bersabar dengan kesusahan dan kesukaran mereka (kerenah mereka), Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan rahmatNya kepada mereka. Lalu lelaki itu bertanya: Jika ada dua orang anak perempuan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, jika ada dua orang anak perempuan. Lelaki itu bertanya: Jika ada seorang anak perempuan? Baginda bersabda: Ya, walaupun jika hanya ada seorang anak perempuan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 719, hadis no. 3671. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا بزيادة: (وواحدة)) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال ﷺ: من كن له ‌ثلاث ‌بنات، فصبر على لأوائهن وضرائهن؛ أدخله الله الجنة برحمته إياهن. فقال رجل: وابنتان يا رسول الله!؟ قال: وابنتان. قال رجل: يا رسول الله! وواحدة؟ قال: وواحدة! [حم، ك، ((الضعيفة)) (407، 6861)]

(Sangat Munkar dengan penambahan lafaz: “dan ada seorang”) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu bersabar dengan kesusahan dan kesukaran mereka (kerenah mereka), Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan rahmatNya kepada mereka. Lalu lelaki itu bertanya: Jika ada dua orang anak perempuan wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ya, jika ada dua orang anak perempuan. Lelaki itu bertanya: Jika ada seorang anak perempuan? Baginda bersabda: Ya, walaupun jika hanya ada seorang anak perempuan. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6861]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.