Kelebihan mempunyai jiran yang buruk akhlaknya

TEKS BAHASA ARAB

ما كان ولا يكون إلى يوم القيامة مؤمن، إلا وله جار يؤذيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada dan tidak akan beriman seseorang itu hinggalah hari kiamat melainkan dia mempunyai jiran yang akan mengganggunya (menyakitinya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis nombor 6720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه رفعه: ما كان ولا يكون إلى يوم القيامة مؤمن، إلا وله جار يؤذيه.
[ابن شاهين، ((الضعيفة)) (١٩٥٥)].

(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, beliau meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada dan tidak akan beriman seseorang itu hinggalah hari kiamat melainkan dia mempunyai jiran yang akan mengganggunya (menyakitinya).
[Riwayat Ibn Shahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1955].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs