Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan mempunyai jiran yang buruk akhlaknya

Teks Bahasa Arab

ما كان ولا يكونُ إلى يومِ القيامةِ مؤمنٌ، إلا وله جارٌ يُؤْذِيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada dan tidak akan beriman seseorang itu hinggalah hari kiamat melainkan dia mempunyai jiran yang akan mengganggunya (menyakitinya).

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis no. 6720. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه رفعه: ما كان ولا يكون إلى يوم القيامة مؤمن، إلا وله جار يؤذيه. [ابن شاهين، ((الضعيفة)) (١٩٥٥)].

(Palsu) Daripada 'Ali bin Abi Talib RA, beliau meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada dan tidak akan beriman seseorang itu hinggalah hari kiamat melainkan dia mempunyai jiran yang akan mengganggunya (menyakitinya). [Riwayat Ibn Shahin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1955].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.