Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan mempunyai harta yang sedikit tetapi berakhlak mulia

Teks Bahasa Arab

من قلَ مالُه، وكثرَ عيالُه، وحسنت صلاتُه، ولم يغتب المسلمينَ؛ جاءَ يومُ القيامةِ وهوَ معي كهاتينِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang sedikit hartanya, ramai ahli keluarganya (tanggungannya), elok solatnya, dan dia tidak mengumpat orang-orang Islam, maka dia akan datang pada hari kiamat bersama denganku seperti ini (dua jari).

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1370, hadis no. 6982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: من قل ماله وكثر عياله وحسنت صلاته، ولم يغتب المسلمين، جاء يوم القيامة وهو معي كهاتين. [الطبري في ((التهذيب))، خط، ((الضعيفة)) (5524)]

(Sangat Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang sedikit hartanya, ramai ahli keluarganya (tanggungannya), elok solatnya, dan dia tidak mengumpat orang-orang Islam, maka dia akan datang pada hari kiamat bersama denganku seperti ini (dua jari). [Riwayat al-Tabari dalam Tahzib al-Athar, Abu Ya'la dalam al-Musnad, al-Asbahani dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5524]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.