Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan memotong kuku pada hari Jumaat sebelum solat

Teks Bahasa Arab

من قلَّم أظافيره يوم الجمعة قبلَ الصلاةِ، أخرج الله منه كلَّ داءٍ، وأدخلَ مكانه الشِّفاء والرحمة.

Teks Bahasa Melayu

Barang siapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat sebelum solat, Allah akan mengeluarkan daripadanya segala penyakit, dan menggantikannya dengan kesembuhan dan rahmat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1619, hadis no. 8169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة، أخرج الله منه كل داء، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2021)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Barang siapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat sebelum solat, Allah akan mengeluarkan daripadanya segala penyakit, dan menggantikannya dengan kesembuhan dan rahmat.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2021].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.