Kelebihan membaca tahlil (Lailahaillallah)

TEKS BAHASA ARAB

من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير ألف مرة، جاءت يوم القيامة فوق كل عمل، إلا نبي أو رجل زاد في التهليل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian, segala kebaikan ditangan-Nya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, sebanyak seribu kali, maka ucapan ini akan datang pada hari kiamat mengatasi setiap amalan melainkan Nabi atau orang bertahlil lebih lagi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis nombor 8076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل أو منكر بهذا التمام)عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنهما- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من قال طلا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، يحيي ويميت وهو على كل شيء قديرط ألف مرة، جاءت يوم القيامة فوق كل عمل، إلا نبي أو رجل زاد في التهليل)). [الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6642)].

(Batil atau Munkar dengan seluruhnya)
Daripada Abdullah Bin Amr Bin al-As RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian, segala kebaikan ditangan-Nya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara’, sebanyak seribu kali, maka ucapan ini akan datang pada hari kiamat mengatasi setiap amalan melainkan Nabi atau orang bertahlil lebih lagi.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’a. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6642].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs