Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال: لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك لهُ، له الملكُ وله الحمدُ بيدِه الخيرُ، يحيي ويُميتُ وهو على كلِّ شيءٍ قديرٌ ألفَ مرَّةٍ، جاءت يومَ القيامةِ فوقَ كلِّ عملٍ، إلا نبيٌّ أو رجلٌ زاد في التَّهليل.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang membaca: 'Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian, segala kebaikan ditangan-Nya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara', sebanyak seratus kali, maka ucapan ini akan datang pada hari kiamat mengatasi setiap amalan melainkan Nabi atau orang bertahlil lebih lagi.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1599, hadis no. 8076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل أو منكر بهذا التمام)عن عبد الله بن عمرو بن العاص -رضي الله عنهما- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((من قال طلا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد بيده الخير، يحيي ويميت وهو على كل شيء قديرط ألف مرة، جاءت يوم القيامة فوق كل عمل، إلا نبي أو رجل زاد في التهليل)). [الطبراني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6642)].
(Batil atau Munkar dengan seluruhnya) Daripada Abdullah Bin Amr Bin al-As RA, Rasulullah SAW bersabda: ((Barang siapa yang membaca: 'Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian, segala kebaikan ditangan-Nya, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang berkuasa atas setiap perkara', sebanyak seratus kali, maka ucapan ini akan datang pada hari kiamat mengatasi setiap amalan melainkan Nabi atau orang bertahlil lebih lagi.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6642].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman