Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شيءٍ قلبًا ، وإنَّ قلبَ القرآنِ (يس) ، ومَن قرَأ (يس) وهو يريدُ بها اللَّه عزَّ وجلَّ ؛ غفر اللَّهُ لهُ ، وأُعطِيَ من الأجرِ كأنَّما قرأ القرآن اثنتَي عشرةَ مرَّةً ، وأيُّما مسلِمٍ قُرِئَ عندَهُ إذا نزل به مَلكُ الموتِ سورةُ (يس) ؛ نزلَ بكلِّ حرفٍ من سورةِ (يس) عَشرةُ أملاكٍ يقومونَ بين يدَيهِ صفوفًا ويستَغفرونَ له ، ويشهَدون غَسلَهُ ، ويُشيِّعونَ جنازَتَهُ ، ويُصلُّونَ عليهِ ، ويشهَدونَ دفنَهُ . وأيُّما مسلِمٍ قرأ (يس) وهو في سكَراتِ الموتِ ؛ لم يقبِضْ ملَكُ الموتِ روحَهُ حتَّى يجيئَهُ رضوانُ خازِنُ الجنَّةِ بشربَةٍ من شرابِ الجنَّةِ فيشرَبَها وهو على فراشِهِ ، يقبِضُ ملكُ الموتِ روحَهُ وهو ريان ، ويمكثُ في قبرِهِ وهو ريَّانُ ، ويُبعَثُ يومَ القيامةِ وهو ريَّانُ ، ويُحاسَبُ وهو ريَّانُ ، ولا يحتاجُ إلى حوضٍ من حياضِ الأنبياءِ حتَّى يدخلَ الجنَّةَ وهو ريَّانُ.
Teks Bahasa Melayu
“Sesungguhnya bagi setiap perkara itu terdapat padanya hati, dan sesungguhnya hati al-Quran itu ialah surah Yasin dan barangsiapa yang membaca surah Yasin serta dengannya ia menginginkan (redha) Allah Azzawajalla, maka Allah akan mengampunkan dosanya, dan akan diberi ganjaran seumpama dia telah membaca al-Quran sebanyak dua belas kali. Mana-mana orang Islam yang dibacakan di sisinya surah Yasin ketika mana malaikat maut turun kepadanya, akan turun bersama setiap huruf daripada surah Yasin sepuluh malaikat yang akan berdiri dihadapannya secara bersaf-saf dan mereka meminta ampun baginya serta menyaksikan pemandiannya, mengiringi jenazahnya, mensolatkannya serta menyaksikan pengebumiannya. Mana-mana muslim yang membaca surah Yasin ketika berada dalam situasi sakaratul maut, malaikat maut tidak akan mengambil nyawanya sehinggalah datangnya Ridhwan (malaikat) penjaga syurga bersama satu minuman dari syurga. Lalu dia akan meminumnya ketika mana dia di tempat tidurnya, malaikat maut mengambil nyawanya dalam keadaan dia tidak merasa dahaga, dan dia kekal di dalam kuburnya dalam keadaan dia tidak merasa dahaga, dia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan dia tidak berasa dahaga dan dia dihisab dalam keadaan dia tidak merasa dahaga. Dia juga tidak memerlukan kepada Haudh (bekas berisi air) daripada para Nabi sehinggalah dia memasuki syurga, dan dia dalam keadaan tidak dahaga.”
Sahabat Perawi
- Ubay bin Ka’ab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1526, hadis no. 7761. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Ubay bin Ka’ab RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi setiap perkara itu terdapat padanya hati, dan sesungguhnya hati al-Quran itu ialah surah Yasin dan barangsiapa yang membaca surah Yasin serta dengannya ia menginginkan (redha) Allah Azzawajalla, maka Allah akan mengampunkan dosanya, dan akan diberi ganjaran seumpama dia telah membaca al-Quran sebanyak dua belas kali. Mana-mana orang Islam yang dibacakan di sisinya surah Yasin ketika mana malaikat maut turun kepadanya, akan turun bersama setiap huruf daripada surah Yasin sepuluh malaikat yang akan berdiri dihadapannya secara bersaf-saf dan mereka meminta ampun baginya serta menyaksikan pemandiannya, mengiringi jenazahnya, mensolatkannya serta menyaksikan pengebumiannya. Mana-mana muslim yang membaca surah Yasin ketika berada dalam situasi sakaratul maut, malaikat maut tidak akan mengambil nyawanya sehinggalah datangnya Ridhwan (malaikat) penjaga syurga bersama satu minuman dari syurga. Lalu dia akan meminumnya ketika mana dia di tempat tidurnya, malaikat maut mengambil nyawanya dalam keadaan dia tidak merasa dahaga, dan dia kekal di dalam kuburnya dalam keadaan dia tidak merasa dahaga, dia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan dia tidak berasa dahaga dan dia dihisab dalam keadaan dia tidak merasa dahaga. Dia juga tidak memerlukan kepada Haudh (bekas berisi air) daripada para Nabi sehinggalah dia memasuki syurga, dan dia dalam keadaan tidak dahaga.” [Riwayat al-Qudha’i. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5870].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman