Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قلبًا ، وإنَّ قلبَ القرآنِ ( يس ) ، مَن قرأَها فَكَأنَّما قرأَ القرآنَ عشرَ مرَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Qur'an adalah surah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka seolah-olah dia telah membaca al-Qur'an sebanyak 10 kali.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1402, hadis no. 7103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه، مرفوعا: إن لكل شيء قلبا، وإن قلب القرآن (يس)، من قرأها؛ فكأنما قرأ القرآن عشر مرات. [ت، الدارمي، ((الضعيفة)) (169)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya setiap sesuatu itu memiliki hati dan hati bagi al-Qur'an adalah surah Yasin. Sesiapa yang membacanya maka seolah-olah dia telah membaca al-Qur'an sebanyak 10 kali. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan dan al-Darimiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 169]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman