Kelebihan membaca surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga 'Imran pada hari Juma'at

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ السورة التي يذكر فيها آل عمران يوم الجمعة، صلى الله عليه وملائكته حتى تجب الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga ‘Imran pada hari Juma’at; Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepadanya hinggalah hilangnya matahari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis nombor 7126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من قرأ السورة التي يذكر فيها آل عمران يوم الجمعة، صلى الله عليه وملائكته حتى تجب الشمس.
[طب، طس، ((الضعيفة)) (415)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga ‘Imran pada hari Juma’at; Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepadanya hinggalah hilangnya matahari.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 415]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs