Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ السورةَ التي يُذْكَرُ فيها آلُ عِمْرَانَ يومَ الجُمُعَةِ ، صلَّى اللهُ عليه وملائكتُه حتى تَجِبَ الشمسُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga 'Imran pada hari Juma'at; Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepadanya hinggalah hilangnya matahari.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis no. 7126. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من قرأ السورة التي يذكر فيها آل عمران يوم الجمعة، صلى الله عليه وملائكته حتى تجب الشمس. [طب، طس، ((الضعيفة)) (415)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA meriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah yang disebutkan di dalamnya berkenaan keluarga 'Imran pada hari Juma'at; Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepadanya hinggalah hilangnya matahari. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 415]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman