Kelebihan membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرأ سورة الواقعة كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1404, hadis nombor 7120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ سورة الواقعة كل ليلة؛ لم تصبه فاقة أبدا.
[الحارث، ابن السني، ابن لال في ((حديثه))، ابن بشران، هب، ((الضعيفة)) (289)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.
[Riwayat al-Harith, Ibn al-Sunni, Ibn Laal dalam Hadith beliau, Ibn Bashran dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 289]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.