Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ سورةَ الواقعةِ كلَّ ليلةٍ لم تُصِبْهُ فاقةٌ أبدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1404, hadis no. 7120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ سورة الواقعة كل ليلة؛ لم تصبه فاقة أبدا. [الحارث، ابن السني، ابن لال في ((حديثه))، ابن بشران، هب، ((الضعيفة)) (289)]
(Lemah) Daripada Ibn Mas'ud RA meriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran selama-lamanya. [Riwayat al-Harith, Ibn al-Sunni, Ibn Laal dalam Hadith beliau, Ibn Bashran dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 289]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman