Kelebihan membaca surah al-Waqi'ah dan mempelajarinya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ سورة (الواقعة) وتعلّمها؛ لم يكتب من الغافلين، ولم يفتقر هو وأهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah dan mempelajarinya; dia tidak akan ditulis sebagai orang-orang yang lupa dan dia beserta ahli keluarganya tidak akan fakir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis nombor 7122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه رفعه: من قرأ سورة (الواقعة) وتعلمها؛ لم يكتب من الغافلين، ولم يفتقر هو وأهل بيته.
[أبو الشيخ في ((الثواب))، ((الضعيفة)) (291)]

(Palsu)
Daripada Anas RA meriwayatkannya secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah dan mempelajarinya; dia tidak akan ditulis sebagai orang-orang yang lupa dan dia beserta ahli keluarganya tidak akan fakir.
[Riwayat Abu al-Sheikh dalam al-Thawwab. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 291]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs