Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ سورةَ ( الواقعةِ ) وتَعَلَّمَها ، لم يُكْتَبْ من الغافِلِينَ ، ولم يَفْتَقِرْ هو وأهلُ بيتِه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah dan mempelajarinya; dia tidak akan ditulis sebagai orang-orang yang lupa dan dia beserta ahli keluarganya tidak akan fakir.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis no. 7122. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Anas RA meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah dan mempelajarinya; dia tidak akan ditulis sebagai orang-orang yang lupa dan dia beserta ahli keluarganya tidak akan fakir. [Riwayat Abu al-Sheikh dalam al-Thawwab. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 291]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman