Kelebihan membaca surah al-Qiyamah pada setiap malam

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ سورة (الواقعة) كل ليلة؛ لم تصبه فاقة أبدا، ومن قرأ كل ليلة: {لا أقسم بيوم القيامة}؛ لقي الله يوم القيامة ووجهه في صورة القمر ليلة البدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa oleh kefakiran selama-lamanya dan sesiapa yang membaca surah al-Qiyamah pada setiap malam, dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti rupa bulan pada malam purnama.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis nombor 7121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما رفعه: من قرأ سورة (الواقعة) كل ليلة؛ لم تصبه فاقة أبدا، ومن قرأ كل ليلة: {لا أقسم بيوم القيامة}؛ لقي الله يوم القيامة ووجهه في صورة القمر ليلة البدر.
[فر، ((الضعيفة)) (290)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa oleh kefakiran selama-lamanya dan sesiapa yang membaca surah al-Qiyamah pada setiap malam, dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti rupa bulan pada malam purnama.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 290]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs