Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأ سورةَ ( الواقعةِ ) كلَّ ليلةٍ لم تُصِبْهُ فاقةٌ أبدًا ، ومَن قرأ كلَّ ليلةٍ ( لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ ) لَقِيَ اللهَ يومَ القيامةِ ووجهُه في صورةِ القمرِ ليلةَ الْبَدْرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa oleh kefakiran selama-lamanya dan sesiapa yang membaca surah al-Qiyamah pada setiap malam, dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti rupa bulan pada malam purnama.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis no. 7121. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنهما رفعه: من قرأ سورة (الواقعة) كل ليلة؛ لم تصبه فاقة أبدا، ومن قرأ كل ليلة: {لا أقسم بيوم القيامة}؛ لقي الله يوم القيامة ووجهه في صورة القمر ليلة البدر. [فر، ((الضعيفة)) (290)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Abbas RA meriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam, dia tidak akan ditimpa oleh kefakiran selama-lamanya dan sesiapa yang membaca surah al-Qiyamah pada setiap malam, dia bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan wajahnya seperti rupa bulan pada malam purnama. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 290]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman