Kelebihan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali akan Allah tuliskan untuknya sebanyak 1500 kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ {قل هو الله أحد} مئتي مرة؛ كتب الله له ألفا وخمس مئة حسنة، إلا أن يكون عليه دين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali, Allah tuliskan untuknya sebanyak 1500 kebaikan melainkan jika dia memiliki hutang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis nombor 7125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ {قل هو الله أحد} مئتي مرة؛ كتب الله له ألفا وخمس مئة حسنة، إلا أن يكون عليه دين.
[عد، هب، خط، ((الضعيفة)) (300)]

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali, Allah tuliskan untuknya sebanyak 1500 kebaikan melainkan jika dia memiliki hutang.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Baihaqi Shu'ab al-Iman dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 300]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs