Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأَ {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} مائتي مرَّةٍ كتبَ اللَّهُ لهُ ألفا وخَمسَمائةِ حَسنةٍ ، إلَّا أن يَكونَ علَيهِ دَينٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali, Allah tuliskan untuknya sebanyak 1500 kebaikan melainkan jika dia memiliki hutang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis no. 7125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ {قل هو الله أحد} مئتي مرة؛ كتب الله له ألفا وخمس مئة حسنة، إلا أن يكون عليه دين. [عد، هب، خط، ((الضعيفة)) (300)]
(Palsu) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali, Allah tuliskan untuknya sebanyak 1500 kebaikan melainkan jika dia memiliki hutang. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Baihaqi Shu'ab al-Iman dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 300]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman