Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali

Teks Bahasa Arab

من قرأَ {قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ} مائتَي مرَّةٍ، غُفِرتْ لهُ ذنوبَ مائتَي سنةٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali; diampunkan dosa-dosanya selama 200 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis no. 7124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ {قل هو الله أحد} مائتي مرة، غفرت له ذنوب مائتي سنة. [ابن الضريس، خط، ابن بشران، هب، ((الضعيفة)) (295)]

(Munkar) Daripada Anas RA meriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sebanyak 200 kali; diampunkan dosa-dosanya selama 200 tahun. [Riwayat Ibn al-Durais, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Bishran dan al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 295]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.