TEKS BAHASA ARAB
من قرأ {قل هو الله أحد} في مرضه الذى يموت فيه؛ لم يفتن في قبره، وأمن من ضغطة القبر، وحملته الملائكة يوم القيامة بأكفها حتى تجيزه من الصراط إلى الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika sakit yang membawa kepada mati; dia tidak akan diuji dalam kuburnya, dia akan selamat daripada himpitan kubur dan para malaikat membawanya pada hari kiamat dengan telapak tangan mereka hingga dia melepasi titian sirat menuju ke syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis nombor 7123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن عبدالله الشخير العنبري رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ {قل هو الله أحد} في مرضه الذى يموت فيه؛ لم يفتن في قبره، وأمن من ضغطة القبر، وحملته الملائكة يوم القيامة بأكفها حتى تجيزه من الصراط إلى الجنة.
[طس، ((الضعيفة)) (301)]
(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin al-Shikhkhir al-‘Anbari RA meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika sakit yang membawa kepada mati; dia tidak akan diuji dalam kuburnya, dia akan selamat daripada himpitan kubur dan para malaikat membawanya pada hari kiamat dengan telapak tangan mereka hingga dia melepasi titian sirat menuju ke syurga.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 301]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.