Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ في مرضِهِ الذى يموتُ فيهِ لم يُفتَنْ في قبرِهِ وأمنَ مِن ضَغطةِ القبرِ ، وحَملتهُ الملائِكَةُ يومَ القِيامةِ بأكُفِّها حتَّى تُجيزَهُ منَ الصِّراطِ إلى الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika sakit yang membawa kepada mati; dia tidak akan diuji dalam kuburnya, dia akan selamat daripada himpitan kubur dan para malaikat membawanya pada hari kiamat dengan telapak tangan mereka hingga dia melepasi titian sirat menuju ke syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Shikhkhir al-'Anbari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1405, hadis no. 7123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin al-Shikhkhir al-'Anbari RA meriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas ketika sakit yang membawa kepada mati; dia tidak akan diuji dalam kuburnya, dia akan selamat daripada himpitan kubur dan para malaikat membawanya pada hari kiamat dengan telapak tangan mereka hingga dia melepasi titian sirat menuju ke syurga. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 301]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman