Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأَ: (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) مرَّةً بورِكَ عليهِ، فإن قرأَها مرَّتينِ بورِكَ علَيهِ وعلَى أَهْلِهِ، فإن قرأَها ثلاثًا بورِكَ علَيهِ وعلَى أَهْلِهِ وعلَى جيرانِهِ، وإن قرأَها اثنتَي عَشرةَ مرَّةً بنَى اللَّهُ لهُ بِها اثنَي عشرَ قصرًا في الجنَّةِ، وتقولُ الحفَظةُ: انطلِقوا بنا ننظرُ إلى قصورِ أَخينا، فإن قرأَها مِئةَ مرَّةٍ كُفِّرَ عنهُ ذنوبُ خَمسٍ وعِشرينَ سنةً؛ ما خلا الدِّماءَ والأموالَ، فإن قرأَها مِئتَي مرَّةٍ كُفِّرَ عنهُ ذنوبُ خَمسينَ سنَةً؛ ما خلا الدِّماءَ والأموالَ، وإن قرأَها ثلاثَ مئةِ مرَّةٍ كُتِبَ لهُ أجرُ أربع مئةِ شَهيدٍ كلٌّ قد عُقِرَ جوادُهُ وأُهْريقَ دمُهُ، وإن قرأَها ألفَ مرَّةٍ لم يَمُت حتَّى يرَى مَكانَهُ منَ الجنَّةِ أو يُرَى لهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sekali, maka dia diberikati. Jika dia membacanya dua kali, dia dan ahli keluarganya diberkati. Jika dia membacanya tiga kali, maka dia, ahli keluarga dan jirannya diberkati. Jika dia membacanya sebanyak 12 kali, Allah binakan untuknya sebanyak 12 istana dalam syurga dan malaikat penjaga akan berkata: Jom! Kita akan melihat istana-istana saudara kita. Jika dia membacanya sebanyak 100 kali, dihapuskan daripadanya dosa-dosa selama 25 tahun selain dosa yang melibatkan darah dan harta. Jika dia membacanya sebanyak 200 kali, dihapuskan dosanya selama 50 tahun selain dosa yang melibatkan darah dan harta. Jika dia membacanya sebanyak 300 kali, ditulis untuknya pahala seramai 400 orang syahid yang setiapnya telah terbunuh kudanya dan tumpah darahnya. Jika dia membacanya sebanyak 1000 kali, dia tidak akan mati hinggalah dia melihat tempatnya dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1259, hadis no. 6432. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس ن مالك رضي الله عنه مرفوعا: من قرأ: (قل هو الله أحد) مرة بورك عليه، فإن قرأها مرتين بورك عليه وعلى أهله، فإن قرأها ثلاثا بورك عليه وعلى أهله وعلى جيرانه، وإن قرأها اثنتي عشرة مرة بنى الله له بها اثني عشر قصرا في الجنة، وتقول الحفظة: انطلقوا بنا ننظر إلى قصور أخينا، فإن قرأها مئة مرة كفر عنه ذنوب خمس وعشرين سنة؛ ما خلا الدماء والأموال، فإن قرأها مئتي مرة كفر عنه ذنوب خمسين سنة؛ ما خلا الدماء والأموال، وإن قرأها ثلاث مئة مرة كتب له أجر اربع مئة شهيد كل قد عقر جواده وأهريق دمه، وإن قرأها ألف مرة لم يمت حتى يرى مكانه من الجنة أو يرى له. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2812)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas sekali, maka dia diberikati. Jika dia membacanya dua kali, dia dan ahli keluarganya diberkati. Jika dia membacanya tiga kali, maka dia, ahli keluarga dan jirannya diberkati. Jika dia membacanya sebanyak 12 kali, Allah binakan untuknya sebanyak 12 istana dalam syurga dan malaikat penjaga akan berkata: Jom! Kita akan melihat istana-istana saudara kita. Jika dia membacanya sebanyak 100 kali, dihapuskan daripadanya dosa-dosa selama 25 tahun selain dosa yang melibatkan darah dan harta. Jika dia membacanya sebanyak 200 kali, dihapuskan dosanya selama 50 tahun selain dosa yang melibatkan darah dan harta. Jika dia membacanya sebanyak 300 kali, ditulis untuknya pahala seramai 400 orang syahid yang setiapnya telah terbunuh kudanya dan tumpah darahnya. Jika dia membacanya sebanyak 1000 kali, dia tidak akan mati hinggalah dia melihat tempatnya dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2812]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman