Kelebihan membaca doa:"Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya…" selepas solat

TEKS BAHASA ARAB

من قال في دبر صلاته: {الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا، ولم يكن له شريك في الملك، ولم يكن له ولي من الذل وكبره تكبيرا} ، كان له من الأجر مثل السموات السبع وما فيهن، وما تحتهن، والجبال، وذلك أن الله عز وجل يقول: {تكاد السموات يتفطرن منه وتنشق الأرض وتخر الجبال هدا. أن دعوا للرحمن ولدا} فلهذا من الأجر كما على هذا الكافر من الوزر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang berkata selepas daripada solatnya: Segala puji bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh” [al-Isra’: 111]. Baginya pahala seakan memenuhi tujuh langit dan bumi dan apa yang ada padanya serta apa yang di bawahnya, dan bukit. Yang demikian itu disebutkan: “Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.” [Maryam: 90]. Dan perumpamaan pahalanya itu seperti perumpamaan dosa bagi orang kafir.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1563, hadis nombor 7919. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال في دبر صلاته: {الحمد لله الذي لم يتخذ ولدا، ولم يكن له شريك في الملك، ولم يكن له ولي من الذل وكبره تكبيرا} ، كان له من الأجر مثل السموات السبع وما فيهن، وما تحتهن، والجبال، وذلك أن الله عز وجل يقو ل: {تكاد السموات يتفطرن منه وتنشق الأرض وتخر الجبال هدا. أن دعوا للرحمن ولدا} فلهذا من الأجر كما على هذا الكافر من الوزر)). [الطبرني في ((الدعاء))، ((الضعيفة)) (6317)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang berkata selepas daripada solatnya: Segala puji bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya penolong disebabkan sesuatu kelemahan-Nya dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh” [al-Isra’: 111]. Baginya pahala seakan memenuhi tujuh langit dan bumi dan apa yang ada padanya serta apa yang di bawahnya, dan bukit. Yang demikian itu disebutkan: “Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.” [Maryam: 90]. Dan perumpamaan pahalanya itu seperti perumpamaan dosa bagi orang kafir.”
[Riwayat al-Tabarani di dalam Kitab al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6317].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs