Kelebihan membaca ayat Kursi dalam rumah pada waktu siang dan malam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن لكل شيء سناما، وإن سنام القرآن، سورة البقرة، من قرأها في بيته ليلا لم يدخله الشيطان ثلاث ليال، ومن قرأها في بيته نهارا لم يدخله الشيطان ثلاثة أيام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur’an adalah surah al-Baqarah. Sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga malam dan sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu siang, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga hari.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis nombor 7180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن لكل شيء سناما، وإن سنام القرآن، سورة البقرة، من قرأها في بيته ليلا لم يدخله الشيطان ثلاث ليال، ومن قرأها في بيته نهارا لم يدخله الشيطان ثلاثة أيام.
[عق، حب، ع، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة) (1349)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa’d RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur’an adalah surah al-Baqarah. Sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga malam dan sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu siang, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga hari.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Sahih, Abu Ya'la dalam al-Musnad, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1349]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.