Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ لكلِّ شيءٍ سَنَامًا ، وإنَّ سَنَامَ القرآنِ ، سورةُ البقرةِ ، مَن قرأها في بيتِه ليلًا لم يَدْخُلْهُ الشيطانُ ثلاثَ ليالٍ ، ومَن قرأها في بيتِه نهارًا لم يَدْخُلْهُ الشيطانُ ثلاثةَ أيامٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur'an adalah surah al-Baqarah. Sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga malam dan sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu siang, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga hari.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa'd RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1415, hadis no. 7180. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إن لكل شيء سناما، وإن سنام القرآن، سورة البقرة، من قرأها في بيته ليلا لم يدخله الشيطان ثلاث ليال، ومن قرأها في بيته نهارا لم يدخله الشيطان ثلاثة أيام. [عق، حب، ع، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة) (1349)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa'd RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada puncaknya dan puncak bagi al-Qur'an adalah surah al-Baqarah. Sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga malam dan sesiapa yang membacanya dalam rumahnya pada waktu siang, syaitan tidak akan memasukinya selama tiga hari. [Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Sahih, Abu Ya'la dalam al-Musnad, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1349]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman