Kelebihan membaca ayat al-Kursi selepas solat

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة؛ خرقت سبع سماوات، فلم يلتئم خرقها حتى ينظر الله عزوجل إلى قائلها فيغفر له، ثم يبعث الله عزوجل ملكا، فيكتب حسناته، ويمحي سيئاته إلى الغد من تلك الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat, akan tembus sehingga tujuh langit, tidak akan tertutup tembusan itu sehingga Allah melihat orang yang mengucapkannya lalu diampunkannya. Kemudian diutuskan malaikat untuk menulis pahala-pahalanya dan memadamkan dosa-dosanya sehingga esok bermula pada waktu itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1564, hadis nombor 7923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة؛ خرقت سبع سماوات، فلم يلتئم خرقها حتى ينظر الله عز وجل الى قائلها فيغفر له، ثم يبعث الله عز وجل ملكا، فيكتب حسناته، ويمحي سيئاته إلى الغد من تلك الساعة)). [عد،((الضعيفة))(6173)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat, akan tembus sehingga tujuh langit, tidak akan tertutup tembusan itu sehingga Allah melihat orang yang mengucapkannya lalu diampunkannya. Kemudian diutuskan malaikat untuk menulis pahala-pahalanya dan memadamkan dosa-dosanya sehingga esok bermula pada waktu itu.
[Riwayat Ibn ‘Adiy di dalam Kitab al-Kamil Fi al-Ḍu‘afa’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6173].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs