TEKS BAHASA ARAB
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة؛ لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت، ومن قرأها حين يأخذ مضجعه، أمنه الله على داره ودار جاره، والدويرات حوله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat, tidak akan menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kematian. Dan barang siapa yang membacanya ketika hendak tidur, maka Allah akan mengamankan rumahnya dan rumah jirannya serta rumah-rumah kecil di sekelilingnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1564, hadis nombor 7922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب-رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة؛ لم يمنعه من دخول الجنة إلا الموت، ومن قرأها حين يأخذ مضجعه، أمنه الله على داره ودار جاره، والدويرات حوله)). [هب،((الضعيفة))(6174)].
(Palsu)
Daripada Ali bin Talib RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat, tidak akan menghalangnya daripada memasuki syurga melainkan kematian. Dan barang siapa yang membacanya ketika hendak tidur, maka Allah akan mengamankan rumahnya dan rumah jirannya serta rumah-rumah kecil di sekelilingnya.
[Riwayat al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6174].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.