Palsu
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قرأَ آيةَ الكُرسيِّ، لم يتولَّ قبضَ نفسِه إلَّا اللهُ تعالَى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi, Allah sendiri yang akan mencabut nyawanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1434, hadis no. 7285. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن عمرو رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: من قرأ آية الكرسي، لم يتول قبض نفسه إلا الله تعالى. [خط، ((الضعيفة)) (2014)]
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin 'Amr RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi, Allah sendiri yang akan mencabut nyawanya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2014]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman