TEKS BAHASA ARAB
إن الله -عز وجل- يمهل حتى يمضي شطر الليل الأول، ثم يأمر منادياً ينادي يقول: هل من داع يستجاب له؟ هل من مستغفر يغفر له، هل من سائل يعطى؟
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah Azza wa jalla telah memberi tempoh sehingga berlalu sepertiga malam, kemudian Dia memerintahkan (malaikat) menyeru: ‘Adakah ada yang ingin berdoa, untuk dimakbulkan doanya? Adakah ada yang ingin meminta ampun, untuk diampunkan dosanya?, dan adakah ada yang ingin meminta (ditunaikan hajatnya), untuk dipenuhi permintaannya?.
STATUS
Munkar dengan lafaz ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis nombor 2529. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة وأبي سعيد – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن الله -عز وجل- يمهل حتى يمضي شطر الليل الأول، ثم يأمر منادياً ينادي يقول: هل من داع يستجاب له؟ هل من مستغفر يغفر له، هل من سائل يعطى؟)). [ن في ((عمل اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (3897)]
(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Abu Hurairah RA dan Abu Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Azza wa jalla telah memberi tempoh sehingga berlalu sepertiga malam, kemudian Dia memerintahkan (malaikat) menyeru: ‘Adakah ada yang ingin berdoa, untuk dimakbulkan doanya? Adakah ada yang ingin meminta ampun, untuk diampunkan dosanya?, dan adakah ada yang ingin meminta (ditunaikan hajatnya), untuk dipenuhi permintaannya?.’
[Riwayat al-Nasa’ī dalam Amal al-Yaum wa Lailah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3897]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.