Munkar Dengan Lafaz Ini

30/06/2024

minit bacaan



Kelebihan melakukan qiamullail di sepertiga malam

Teks Bahasa Arab

إن لله -عز وجل - يُمْهِل حتى يَمْضِيَ شَطْرُ الليلِ الأولِ، ثم يَأْمُرُ منادياً ينادي يقول: هل مِنْ دَاعٍ يُسْتَجَابُ له؟ هل مِنْ مُستَغْفِرٍ يُغْفَرُ له، هل مِنْ سَائِلٍ يُعْطَى.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah memberi tempoh sehingga berlalu sepertiga malam, kemudian Dia memerintahkan (malaikat) penyeru dengan berkata: 'Adakah terdapat dalam kalangan hamba-Ku yang berdoa, lalu Aku makbulkan doanya? Adakah ada hamba-Ku yang ingin meminta ampun lalu, Aku mengampuni dosanya, dan adakah ada hamba-Ku yang meminta (ditunaikan hajatnya), lalu Aku penuhi permintaannya.'

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Lafaz Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 471, hadis no. 2529.

(منكر بهذا السياق) عن أبي هريرة وأبي سعيد - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((إن لله -عز وجل- يمهل حتى يمضي شطر الليل الأول، ثم يأمر منادياً ينادي يقول: هل من داع يستجاب له؟ هل من مستغفر يغفر له، هل من سائل يعطى)). [ن في ((عمل اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (3897)]

(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah RA dan Abi Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah memberi tempoh sehingga berlalu sepertiga malam, kemudian Dia memerintahkan (malaikat) penyeru dengan berkata: 'Adakah terdapat dalam kalangan hamba-Ku yang berdoa, lalu Aku makbulkan doanya? Adakah ada hamba-Ku yang ingin meminta ampun lalu, Aku mengampuni dosanya, dan adakah ada hamba-Ku yang meminta (ditunaikan hajatnya), lalu Aku penuhi permintaannya.' [Riwayat Sunan al-Nasa’ī dalam Amalu al-Yaum wa Lailah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3897]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.